Pelan Lokasi

Bagaimana Hendak Ke Pusat Kursus Perkahwinan Mahligai Firdaus ?

Jika anda biasa dengan jalan di Setiawangsa, lokasi kami berhadapan dengan Giant Setiawangsa dan betul-betul satu tingkat dengan Maybank Setiawangsa. Tetapi jika anda tidak biasa sila patuhi petunjuk arah dibawah.

Dari simpang masuk lampu isyarat Setiawangsa, anda jalan terus sehingga berjumpa kedai & pejabat di sebelah kiri anda. Kemudian anda akan nampak satu lorong sebelum Stesyen Petrol Petronas. Masuk ikut lorong tersebut dan anda akan dapati sebuah pasaraya Giant bersebelahan dengan Petronas tadi. Kemudian anda akan lihat Maybank dihadapan anda.

Jika anda terlepas lorong sebelum Stesyen Petrol Petronas, jangan risau anda juga boleh masuk jalan selepas Petronas dan anda perlu membelok kekiri dihadapan pasaraya Giant. Dari sini Maybank berada disebelah kanan. Anda boleh meletakkan kenderaan dipetak meletak kenderaan di sekitar hadapan Maybank atau Giant. Selepas itu anda perlu berjalan kaki dan menaiki tangga menuju kearah Maybank. Di tingkat Maybank itu nanti, saudara dan saudari akan lihat anak panah ke Pusat Kursus Perkahwinan kami, Mahligai Firdaus.

Sila rujuk peta lokasi Mahligai Firdaus dibawah.

Peta Lokasi Mahligai Firdaus